Monday 30 November 2015

Selamat bercuti!


Cuti Persekolah Akhir Tahun 2015 telah tiba! 

Selamat bercuti kepada semua murid-murid Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani.

Jaga keselamatan diri dan 
jangan lupa untuk mengulangkaji sedikit sebanyak di rumah!

Thursday 19 November 2015

Majlis Persaraan dan Perpisahan


Pada 19 November 2015 (Khamis) telah berlangsung 
majlis perpisahan Pn Nor Azila Hamzah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran 
yang telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar S.K. Gombang. 
Selamat maju jaya diucapkan.

Pada majlis yang sama turut berlangsung majlis persaraan 
Tn Hj Zulkiflee, Pn Hjh Zahrah dan Datin Hjh. Rashidah. 
Selamat bersara dan semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik
dan meneruskan kehidupan dengan jayanya. 







Friday 13 November 2015

Lawatan Digital Tech @ School ke Cyberjaya dan Kuala Lumpur

Pada 12 November 2015, Khamis, telah berlangsung lawatan ke Digital Tech Mdec di Cyberjaya. Murid-murid telah didedahkan dengan penggunaan perisian teknologi maklumat dan komunikasi yang terkini ketika lawatan ini. Setelah iu, murid-murid juga dibawa melawat ke Petrosains dan Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur. 
Sebuah lawatan yang penuh dengan manfaat kepada peserta. 









Sunday 8 November 2015

Program Perkhemahan Unit Beruniform 2015

Pada 6 & 7 November 2015, Jumaat dan Sabtu yang lalu telah dijalankan 
Program Perkhemahan Unit Beruniform 2015 di bawah kelolaan 
Unit Ko-Kurikulum SK Bandar Maharani.
Berikut adalah antara aktiviti yang dijalankan.

 Aktiviti menaikkan khemah

 
Solat berjemaah

 Aktiviti membuat sandwich

 Gotong-royong memasak

Sesi penyampaian hadiah dan cenderamata 
 
Sebahagian peserta bersama ahli pengakap Kelana Muar, Johor


Terima kasih kepada semua pihak yang telaah bersama-sama menjayakan program ini.

Saturday 7 November 2015

Sambutan Hari Kanak-kanak SKBM 2015

Pada 5 November 2015, Khamis yang lalu telah diadakan 
sambutan Hari Kanak-kanak peringkat S.K. Bandar Maharani dengan meriahnya. 
Ini adalah sebahagian daripada pertunjukan silap mata yang dijalankan.







Terima kasih kepada semua pihak di atas sambutan ini!
Terima kasih juga kepada Pn Zahrah, Pn Rashidah dan Tn Hj Zulkiflee kerana telah menaja aiskrim untuk diberikan kepada murid-murid sekolah pada hari tersebut.

Friday 23 October 2015

Blog is coming soon...


Hello everyone!
Welcome to S.K. Bandar Maharani blog. We are currently improving this page for more updates and information for the future. Just stay with us.
Thank you!.