Wednesday 10 August 2016

Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan RIMUP 2016


Pada 1 Ogos 2016 (Isnin) telah berlangsung sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani bagi tahun 2016. Program ini dijalankan bersama dengan program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) bersama-sama Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Yang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Khalidi. Semoga hubungan yang erat ini akan dapat diperkukuhkan lagi dari masa ke semasa. 






Tuesday 28 June 2016

Bengkel Teknik Menjawab UPSR 2016


Pada 27 Jun 2016 (Isnin) bertempat di Hotel Pelangi Muar, telah berlangsung bengkel teknik menjawab UPSR bagi calon-calon UPSR 2016.
Program ini telah berlangsung dengan kerjasama pegawai Fasilinus dari Pejabat Pendidikan Daerah Muar serta beberapa jurulatih jemputan luar.








Kem Tamrin Ramadan 2016


Pada 23 Jun 2016 telah berlangsung majlis Khatam Al-Quran dan Kem Tamrin Ramadan bagi tahu 2016. Semoga segala usaha yang dijalankan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung.













Sunday 19 June 2016

Program Gerak Gempur UPSR 2016


Pada 16 Jun 2016 (Khamis) telah berlangsung 
program gerak gempur UPSR bagi calon-calon UPSR tahun 6 S.K.B.M bagi tahun 2016 di Hotel Pelangi, Muar. Diharapkan setiap usaha yang dijalankan akan beroleh kejayaan.








Thursday 2 June 2016

Cuti Pertengahan Tahun 2016



Selamat bercuti buat semua murid-murid S.K. Bandar Maharani.
Manfaatkan cuti persekolahan ini dengan aktiviti yang berfaedah.
Jumpa lagi pada 12 Jun 2016 (Ahad).

 

Friday 27 May 2016

Kejohanan Balapan dan Padang SKBM 2016


Pada 26 Mei 2016 yang lalu telah berlangsung kejohanan balapan dan padang Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani bagi tahun 2016. Walaupun hari hujan pada awal pagi, ianya tetap tidak mematahkan semangat warga SKBM.
Tahniah dan teruskan kecemerlangan warga SKBM!









Friday 13 May 2016

Perayaan Hari Guru 2016


Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani 
akan diadakan pada 16 Mei 2016 (Isnin). 
Terima kasih guru-guru! Selamat Hari Guru! 
Guru Pembina Negara Bangsa.


Wednesday 4 May 2016

Majlis Sign Off En. Mohd Zaki Bin Abdullah



En. Mohd Zaki Bin Abdullah, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum SK Bandar Maharani akan berpindah ke SK Parit Zain, Muar. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas segala sumbangan dan usaha yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di SK Bandar Maharani. Semoga terus cemerlang di sekolah baharu.

Saturday 27 February 2016

karnival Sains dan Pesta Badminton bersama SD Muhammadiyah Indonesia


Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan 
Karnival Sains dan Pesta Badminton 
di Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar, Johor.

Tahniah kepada semua!








Thursday 18 February 2016

Program Kesihatan Pergigian 2016

 Latihan memberus gigi dengan betul

 Demonstrasi memberus gigi dengan betul oleh jururawat pergigian


 Pemeriksaan pergigian oleh jururawat bertugas


Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada 
pasukan pergigian dan kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Muar.