Wednesday 10 August 2016

Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan RIMUP 2016


Pada 1 Ogos 2016 (Isnin) telah berlangsung sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani bagi tahun 2016. Program ini dijalankan bersama dengan program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) bersama-sama Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Yang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Khalidi. Semoga hubungan yang erat ini akan dapat diperkukuhkan lagi dari masa ke semasa.