PROFIL SEKOLAH


SEJARAH SEKOLAH
Ditubuhkan pada tahun 1884.
Bangunan ini selalu digunakan oleh GPMS untuk kelas tambahan Sijil  Rendah Pelajaran  dan Sijil Pelajaran Malaysia. Akhir 1980-an, berkongsi dengan Pejabat Pelajaran Daerah  Muar. Sebagai ganti, bangunan pasang siap dengan 6 bilik darjah dan 1 bilik pemulihan diberi oleh Pejabat Pelajaran Daerah Muar.
1990 - Dapat bangunan 2 tingkat ( Blok D- Vision) lengkaP dengan 2 bilik darjah, Pejabat, Bilik Guru Besar, Bilik Penolong Kanan, Bilik Guru, PSS dan Bilik Solat.
1994 - Terima bangunan baru ( Blok E - Distinction)
1998 - Menerima bangunan 4 tingkat yang lengkap dengan bilik-bilik khas.
1999 - Menerima peruntukan mengubahsuai bilik darjah kepada Makmal Komputer.
2009 - Menerima bangunan gantian 4 tingkat ( Blok C –   Excellence ) dengan 4 bilik
           darjah, blok Pentadbiran, Bilik j-QAF dan Kantin. Mula digunakan pada awal 2011.

VISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

TEMA SEKOLAH
Sahsiah Cemerlang Teras Kejayaan

COGAN KATA SEKOLAH
Pengetahuan Suluh Kemajuan

BUDAYA SEKOLAH
Setiap warga Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani bertanggungjawab mengamalkan budaya berikut :
1. Menepati masa
2. Berakhlak mulia
3. Budaya ilmu
4. Budaya penyayang (Program Touching, 3S - Senyum, Sapa, Salam)
5. Budaya Kerja Cemerlang
6. Sentiasa bersedia, bersedia awal
7. Budaya cintakan alam sekitar
8. Budaya berterima kasih
9. Budaya kolaboratif
10. Berbudi bahasa
11. Guru penyayang


PIAGAM SEKOLAH
1. Membimbing dan mendidik murid-murid supaya menjadi individu yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
2. Memastikan setiap murid mendapat pendidikan yang terbaik dan mencapai kejayaan yang cemerlang dalam setiap bidang.
3. Memastikan murid-murid berpeluang menyertai aktiviti kokurikulum sekolah dan memperolehi kejayaan yang maksima.
4. memberi peluang sama rata kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan.
5. Menyediakan iklim sekolah yang bersih, menarik dan harmoni.
6. Sedia memberi layanan yang mesra dan perkhidmatan yang cekap kepada pelanggan yang berurusan dengan sekolah.


DASAR KUALITI SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI (SPSK)
Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani komited untuk menyediakan pembelajaran yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan selaras dengan dasar dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui pelaksanaan SPSK.



OBJEKTIF KUALITI SPSK S.K. BANDAR MAHARANI
1. Melaksanakan 100% pembelajaran dan pengajaran berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) kecuali berlaku perkara-perkara di luar kawasan.
2. Memastikan pencapaian murid mencapai 65% lulus keseluruhan atau peningkatan 3% dari tahun sebelumnya dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun, Akhir Tahun dan UPSR.
3. Memastikan 100% murid mendapat Perkhidmatan Bimbingan dalam Kemahiran Belajar.
4. 100% aduan dan maklum balas pelanggan akan dilayan sebagaimana yang dinyatakan dalam Prosedur Kualiti Aduan Pelanggan.
5. Melaksanakan Pengurusan Kewangan tanpa teguran Audit.

No comments:

Post a Comment